Monday, 27 October 2014

JENIS~JENIS RUMAH MODEN...

Jenis-jenis Rumah Moden


Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.

Kebanyakan rumah moden dibina daripada batu, jubin, kaca, besi dan sebagainya. Biasanya terdapat di kawasan bandar atau pekan.

Lihatlah jenis dan reka bentuk rumah moden di bawah : -


    RUMAH BANGLO


- Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tingkah setengah, atau dua tingkah dan ada juga yang agak besar.
- Dari unit luas ( contohnya, kaki persegi atau meter persegi ), banglo adalah lebih mahal untuk dibina berbanding dengan rumah dua tingkat disebabkan saiz besar seringnya juga memerlukan tanah yang luas.
- Inilah sebabnya mengapa banglo selalunya tidak dibina secara berkembar dan tidak berkongsi asas atau dinding dengan rumah lain. 



   Rumah Teras                                            
Pada gaya seni bina dan pelan bandar, sebuah  rumah teras adalah suatu gaya perumahan kepadatan tengah yang berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres, dan sering lebih besar daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Rumah teres telah merumahkan berlainan bahagian pada spektrum masyarakat di masyarakat barat.


  RUMAH PANGSA

Pangsapuri atau apartment merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment atau rumah pangsa terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit. Apartment boleh dimiliki oleh pemilik/penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).


  Kondominium
Sebuah kondominium adalah bentuk hak guna perumahan dimana bagian tertentu real estat dimiliki secara peribadi sementara penggunaan dan akses ke fasiliti seperti lorong, sistem pemanas, elevator, eksterior berada dibawah hukum yang dihubungkan dengan kepemilikan peribadi dan dikontrol oleh asosiasi pemilik yang menggambarkan kepemilikan seluruh bagian. 



  VILLA

Vila ialah rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Kebanyakan pemilik vila adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan atau jutawan besar di dalam dan luar negara. Mereka membina vila sebagai tempat yang eskusif dan istimewa untuk kehidupan mereka mahupun sebagai tempat persinggahan. Biasanya sebuah vila dilengkapi pengawal keselamatan dan sistem berteknologi tinggi yang mengawasi setiap sudut kawasan vila.

RUMAH MELAYU TRADISIONAL


Rumah Melayu Tradisional


Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah

Ruang rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan.

Dari sudut rekabentuk, rumah Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri- ciri bestari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir.


Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah ada juga menyebut ‘polong’ iaitu menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.

Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.

Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu mengikut citarasa dan kepandaian tukang- tukang rumah dahulu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

Berikut adalah rumah-rumah melayu tradisional yang terdapat di Malaysia. Contohnya: Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.








                                                                                                           



    













                      

Tuesday, 10 June 2014

UMBRELLA - RamalanKu Benar Belaka

My Favourite Artist.....

BIODATA Farid KAMIL...




REAL NAME: Farid Kamil Zahari
DATE OF BIRTH: May 5, 1981
PLACE OF BIRTH: Alor Setar, Kedah
FAMILY: The eldest of five siblings
FATHER: Datuk Dr Zahari Che
MOTHER: Datin Sharifah Syed Abdillah Bardah
EDUCATION: Bachelor of Arts (Hons) in Performing Arts Universiti Teknologi MARA (UiTM)
FILM: Estates, Holidays Love, Legend of Devil boy, Semerah Love Stilleto, Evolution KL Drift 2, V3 Driver Street, Spear Returning Dayang Awang, I'm Not Married, Evolution KL Drift, Kala Waxing Moon Night, My Halal, Remp-It, 7 Perhentian, Photocopy Love, Portrait Mystics, Mystical


Bios DIANA DANIELLE...



REAL NAME: Diana Danielle Danny Beeson 
Date Of Birth: 22 November, 1991
Place of Birth:  Houston, United States and raised in Kuala Lumpur since the age of two years 
Family: Child, adoptive sister Hayley 
Father: Danny Beeson
Mixed Blood: American (father) and Malay (Native)
Career: Modal iklan dan pelakon
Filem:Idola (2002), Evolusi KL Drift (2008), Setem (2009), Maut (2009), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Kecoh Betul (2009), ... Dalam Botol, Magika 
DRAMA: Drama Air Mata Maria bersiri, Promise Diana, knife Love, Last Takbir, Love Moon And Mentari, Gol & lipstick The Series, Delirium and siri reality, NS Project, Farah Syakirah
EDUCATION: Following graduation degree Department of Bioscience, University of Nottingham, Semenyih branch 
Between the Ads: Volvo, Watson’s, Pampers, Shuemura, Milo, Hazeline Snow Vietnam Market, Telecom I-talk, Fair and Lovely, Bauch and Lomb contact lense, Kentucky Fried Chicken, Binary Body Scrub, T3 Body Wash, F&N Soya Bean, Raflessia Pearl, Inner Shine Brands.













FAMIL KAMIL & DIANA DANIELLE.....


Monday, 2 June 2014

My Favourite Travel Destination.......

~MELAKA~







Mahkota Parade Melaka~








Kampung Mountain Melaka











~Coconut Shake Klebang~























~Cameron Highland~








Ladang teh...


Lavander Garden....









~Genting Highlands~
Indoor them park...








~genting highlands roads~








~Snow Wold~







~Cable Car~










~Pulau Langkawi~








~ Pekan Kuah~



~Shooping Choklat...





~Makam Mahsuri~