Saturday, 31 May 2014
Sunday, 25 May 2014
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA
ALAT MUZIK KAUM MELAYU

Kompang

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Gampus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA
Erh Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA
Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Tabla

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
Veena
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

JENIS PAKAIAN KAUM DI MALAYSIA
PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH
1.PAKAIAN ETNIK KADAZAN
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

kadazan
2.PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS
Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,
Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

suku kaum rungus...
3.PAKAIAN SUKU KAUM MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

suku kaum murut...
4.PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

suku kaum bajau..
PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWK
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.

DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
KALAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDU
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul
BAJU BABAN

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.


PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

JENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIA
DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.


JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIA
.SARI
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
![]() |
Sari |
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

JENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINA
SAM FOO
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

sam foo

sam foo dan cheongsam
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA
Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang di dunia antarabangsa.Nama "cheongsam", yang bermaksud sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata Bahasa Inggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini dikenali sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya.Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang tepat, mereka mengatur orang-orang tertentu, terutama Manchu, menjadi "spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner" (qiren), yang kemudian menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para wanita biasanya Manchu mengenakan gaun one-piece yang, juga, kemudian disebut "qipao" atau "banner gaun". Walaupun Revolusi tahun 1911 menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanita selamat dari perubahan politik dan, dengan pemulihan, telah mereka pakaian tradisional untuk wanita Cina.Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam yang berpadanan dengan latar belakang perempuan cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup, dan lengan yang pendek, sedarhana atau panjang, bergantung pada musim dan selera. Gaun itu kancing di sisi kanan, dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikan bentuk keindahan wanita.Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak, kerana tidak ada aksesoris seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasan digunakan bersamanya.Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza, mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.

Cheongsam

JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT MELAYU
BAJU KURUNG
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.


BAJU KEBAYA
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
Wednesday, 14 May 2014
8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG.....
1.Jambatan Pulau Pinang
Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501
Cara untuk ke sana: Anda boleh ke sana dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 103, 204, 502, atau, 10.
Cara untuk ke sana: Naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101 atau 102.
Cara untuk ke sana: Muzium Islam Pulau Pinang dapat dilawati dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 10, 301, 302, 307, 401, dan U502, turun di Lebuh Carnavon. Jalan sepanjang Lebuh Carnavon ke simpang Lebuh Acheh. Dalam jarak yang dekat, ke kiri, adalah Lebuh Armenian. Muzium Islam Pulau Pinang adalah di sebelah kiri simpang.

Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.
2.Bukit Bendera

Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga.
Cara untuk ke sana: Dari Jeti, Komtar, dan Lebuh Chulia, sila naiki bas Rapid Pulau Pinang No. U204, bas ini akan membawa anda terus ke Bukit Bendera. Anda juga boleh mengambil teksi dengan tambang sebanyak RM20 sehala.
3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang
Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.
Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501
4.Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam

Tokong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara. Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas. 20 tahun untuk diambil bagi membina dan menyiapkan tokong ini. Dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam kura-kura, skulptur unik serta makam. Free untuk melawat tokong ini.
*skulptur-seni patung
Cara untuk ke sana: Bergantung kepada di mana anda datang, anda boleh menaiki bas Rapid Pulau Pinang No. U201, U203, U204, U206, T306, dan U502. Teksi dari George Town adalah kira-kira RM20. Jika memandu, sila merujuk kepada papan tanda ke Air Itam. Setelah sampai ke Air Itam, anda boleh melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke kuil.
5.Fort Cornwallis di Lebuh Light

Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.
6. Masjid Terapung di Tanjung Bunga

Masjid yang bernilai RM 15 juta ini menampilkan seni bina yang unik hasil gabungan pengaruh rekaan tempatan dan Timur Tengah. Masjid ini juga dikenali sebagai Mutiara Timur, ini kerana rupa bentuk bentuk masjid yang kelihatan seperti mutiara. Masjid ini mampu menampung sekitar 1500 jemaah dalam satu masa. Masjid ini terletak di tepi pantai menghala ke Batu Ferringhi. Pengalaman penulis yang ingin lakukan dan kumpulkan ialah mengerjakan solat jumaat di setiap negeri yang mempunyai masjid yang menjadi identiti sesebuah negeri.
7. Taman Botanikal Pulau Pinang

Taman yang seluas 30 hektar ini menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang. Malah ada air terjun di kawasan tersebut. Jadi ketenangan dan kedamaian menjadi tarikan utama taman ini untuk kalian carikan sesuatu yang diberi nama iaitu semulajadi. Sejarah taman ini mengatakan penjajah British telah membuka taman tersebut pada tahun 1884. Taman ini dibuka pada 7 pagi hingga 7 malam dan menariknya taman ini FREE untuk dimasuki. Jadi jikalau ingin merawat mata setelah banyak menggunakan ia untuk urusan kerja atau berdepan dengan komputer untuk tempoh yang lama, sinila tempatnya.
Cara untuk ke sana: Anda boleh berjalan ke Taman Botanikal dari Pengkalan Weld, jika suka berjalan. Lintasi Pengkalan Weld melalui jambatan pejalan kaki, belok kiri dan jalan sehingga sampai ke simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan dan berjalan sehingga anda tiba di Taman Botanikal. Jika tidak, cuma naiki Bas Rapid Pulau Pinang No.10 dari Pengkalan Weld atau Komtar ke Taman Botanikal.
8.Muzium Islam Pulau Pinang (Rumah Agam Syed Al-Attas) di Lebuh Armenia.

Syed Al-Attas adalah insan yang membina muzium ini pada tahun 1860. Beliau adalah seorang pedagang lada dari Acheh. Reka bentuk bangunan ini menampilkan pengaruh seni bina India, Eropah dan Arab. Muzium ini mempamerkan sejarah dan perkembangan Islam di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia sejak permulaan kedatangan agama Islam sehingga sekarang. Muzium ini juga dikatakan pernah menjadi pusat penyimpanan senjata ketika menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Jangan tanya kenapa hari Selasa ditutup. Bayaran masuk dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.
Penulis: Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ini seperti Masjid Kapitan Keling, Kilang Batik Pulau Pinang, Tokong Ular, Akuarium Perikanan Pulau Pinang, Muzium Mainan dan macam-macam lagila. Hang, demo, ko, mung atau siapa-siapala jangan dok ralit gak gi ngular tempat oversea, negara kita sendiri world class bab pelancongan ni. Majulah industri pelancongan negara kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)